Friday, July 29, 2011

Rindu.....................

Rindu....
Miss u....
kangen..... 


rindu sgt....................
sgt2 rindu........

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran



Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.





04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.



06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.



" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]



Merelaksssss diri dengan melayan Drama Korea - Coffee Prince....

merehatkan diri.....
melapangkan fikiran....
dengan melayan fav korea drama....


COFFEE PRINCE.....


suke nye....... >.< 


minat sangat2 dengan drama korea nie....
hero die....
ensemmm nye.....
heroin die lak....
kiut nye......

romantik drama lak tu....
huhuhuhu~~~

skali sekala melayan drama korea yg romantik....
suke nye..... >.< 


si hero encem.....

tp encem lg my tunang..... ehehhehe... >.< 


PotLuck ngan Student2 Ku.....

minggu akhir sebelum nak bermulanya bulan ramadhan....
ape lg....
buat makan2 dgn student2 ku.... >.<


semua pun share2 duit beli dominos Pizza....
tp Cikgu Tka yg tukang order nye... ehheh


ada jugak mihun goreng...
order kat kantin jer....


ade gak kek coklat moist....
cikgu tka wat khas tuk student2 tersayang....


alhamdulilah.....
semua kenyang...... 
















Besh btol dpt mkn2 ngan student ku....
korang mmg besh la.....







Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan yang bakal menjelma......

tidak sampai seminggu lagi....
umat islam akan menjalani ibadat puasa...
iaitu Bulan Ramadhan...
yang hanya kita jumpe setahun sekali sahaja....




TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA 

1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

• Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

• Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
 

• Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
 

• Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.



TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA
 

1) Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat
menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

• Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.

• Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

• Kurangkan makanan tinggi gula.

• Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

• Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

• Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
.



insyaAllah....
kalau ikutkan pada kalender, 
1 ogos 2011 kita akan berpuasa....
jadi, kita dengar-dengar kan lah pengumuman nya nanti yer...

kalau ikut pada berita yang disiarkan tadi, insyaAllah pada malam 31 Julai akan diumumkan tarikh sebenar berpuasa....



bagi yang dah cukup umur dan dh dewasa....
jangan lah tinggalkan puasa yer....
kita hanya dapat jumpa bulan yang mulia ni setahun sekali sahaja....

jika tidak ada umur kita, mana lah thu, ini mungkin puasa di bulan ramadhan kita yang terakhir....
jadi....
hargailah bulan puasa yang mulia ini yer.... 



SELAMAT BERPUASA SEMUA......
JALANILAH BULAN YANG MULIA INI DENGAN AMALAM YANG BAIK SEBANYAK YANG MUNGKIN.....




Tuesday, July 19, 2011

Mereka Menuntut Ilmu.... Kami Bergambar Sakan.... ^_^

hehehhe...
entry yg lawak gak....
bkn ape....
nie lah....


pelajar-pelajar PRS yg bertungkus lumus
menyumbangkn tenaga bertugas
semasa Program Jejak Cemerlang PMR, SPM & STPM 2011
yg berlangsung di Fakulti Sains, UM..


THANKSSSSS SO MUCHHH.!!!


kepada, 


Syafikah... anis... mimi....ainur...hazirah & syahirah...
yg telah bersame2 ngan menolong
Cikgu Norlia, Cikgu Jali, Cikgu Hasnan & Cikgu Tka
dalam menjayakan kn lagi Program Jejak Cemerlang PMR, SPM & STPM 2011 ini...


Thanksss So Much Pelajar-pelajar ku..... ^_^

















Program Jejak Cemerlang PMR, SPM & STPM 2011



Wahhhh...
besh kn jadi student skang...
ble nak exam besar jer...
mesti dapat belajar tip2 nk exam...


tp yg paling besh...
dpt belajr sume tu kt luar...
cm pelajar2 PMR, SPM & STPM SMK SRI PANTAI...
siap gi kt Fakulti Sains, Universiti Malaya lg tu....


besh nye....
murid2 sekalian....


belajarlah bersungguh-sungguh  k, 
peluang yg terbaik telah diberi....


selebihnye, terletak di tangan anda semua....
nak gagal @ nak berjaya dengan cemerlang..









Pelajar-pelajar yg ke Program Jejak Cemerlang PMR, SPM & STPM 2011 
Hanya perlu bayar RM 10 ajer...
bas disediakan...
makanan disediakan....
tempat nk dapatkn ilmu pon selesa....
dapat lak penceramah-penceramah yg terbaik....




antara penceramah-penceramah yg terbaik yg dijemput khas untuk memberi ilmu kepada pelajar-pelajar 
SMK SRI PANTAI...






Apa-apa pun...
SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELAJAR-PELAJR PMR, SPM & STPM SMK SRI PANTAI YG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN YG DH TAK LAMA LAGI...

BUAT YG TERBAIK...
KEJAYAAN DI TANGAN ANDA..!!

SELAMAT BERJAYA...!!
CHAYOK..!! 


















Thursday, July 14, 2011

Kerja Keras....... ^_^


thanksss so much kt student PRS SMK SRI PANTAI...
sbb telah bekerja keras...
menyiapkan nota2 untuk PROGRAM JEJAK CEMERLANG
UNTUK PMR, SPM & STPM yg bakal berlangsung di UM 
pada 16 & 17 Julai 2011




antara ragam-ragam student PRS..... ^_^






thanksss again kt korang semua..... ^_^ sebab same2 menyiapkan semua nota2 yg ingin digunakan semasa jejak cemerlang tu nnt..... :)