Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan yang bakal menjelma......

tidak sampai seminggu lagi....
umat islam akan menjalani ibadat puasa...
iaitu Bulan Ramadhan...
yang hanya kita jumpe setahun sekali sahaja....




TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA 

1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

• Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

• Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
 

• Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
 

• Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.



TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA
 

1) Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat
menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

• Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.

• Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

• Kurangkan makanan tinggi gula.

• Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

• Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

• Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
.



insyaAllah....
kalau ikutkan pada kalender, 
1 ogos 2011 kita akan berpuasa....
jadi, kita dengar-dengar kan lah pengumuman nya nanti yer...

kalau ikut pada berita yang disiarkan tadi, insyaAllah pada malam 31 Julai akan diumumkan tarikh sebenar berpuasa....



bagi yang dah cukup umur dan dh dewasa....
jangan lah tinggalkan puasa yer....
kita hanya dapat jumpa bulan yang mulia ni setahun sekali sahaja....

jika tidak ada umur kita, mana lah thu, ini mungkin puasa di bulan ramadhan kita yang terakhir....
jadi....
hargailah bulan puasa yang mulia ini yer.... 



SELAMAT BERPUASA SEMUA......
JALANILAH BULAN YANG MULIA INI DENGAN AMALAM YANG BAIK SEBANYAK YANG MUNGKIN.....




No comments:

Post a Comment