Wednesday, June 29, 2011

Autisme....

kenape sye masukan entry pasal penyakit autisme nie???

sbb nya tadi selaku guru kaunselor pelatih... sye bawa student PRS mengadakan lawatan ke institut masalah pembelajaran dan austime malaysia yang bertempat di titiwangsa....

sampai saja kat sane... dh rase tersentuh... sebab... walaupun mereka kurang upaya dari segi masalah pembelajaran dan sebagainya.... mereka tetap berusaha untuk menjadi terbaik....

seuatu ilmu yang patut semua tahu..... sebab nya... kita tak tahu nasib kita pada masa akan datang... mana tahu, jika ada adik beradik, saudara mara atau pun bakal anak-anak kita sendiri suatu hari nnt....yang menghidapi penyakit ini.... sebab itu lah semua patut tahu tentang perkara ini....








MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

FAKTOR-FAKTOR AUTISME

         Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). 

          Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).
 
         Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.



         Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. 

         Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:

i. Komunikasi 
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

ii. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:
• Suka bersendirian.
• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada
memandang orang lain.
• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.


iii. Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
• Sensitif pada sentuhan.
• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

iv. Pola Bermain 

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun
melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang
dipegangnya.
• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja. 

v. Tingkah Laku
 
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.

vi. Emosi
 
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:
• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa
terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada
melakukan sesuatu yang diingininya.
• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.
• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain. 


PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

        Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.

       Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.

         Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. 

      Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa. 

        Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga. 

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran. 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KANAK-KANAK AUTISME  

BOLEH MENGHUBUNGI : 

INSTITUT IMPIAN 
( Institut Masalah Pembelajaran dan Autisme Malaysia )


YANG BERTEMPAT DI : 

NO 4, PERSIARAN TITIWANGSA
OFF JALAN TAMAN TASIK TITIWANGSA
53200 KUALA LUMPUR


NO TEL : 03-40220308


BERILAH KANAK-KANAK INI PELUANG UNTUK BELAJAR.... WALAUPUN KITA BERANGGAPAN YANG MEREKA OKU DAN SEBAGAINYA.... TETAPI, MELALUI PELAJARANLAH MEREKA AKAN DAPAT MEMBANTU DIRI MEREKA SENDIRI SUATU HARI NANTI.... JANGANLAH KITA SEKAT PELUANG MEREKA..... ^_^

Friday, June 24, 2011

Hati yang berdebar................

huhuhuuh....
berdebar-debar....
eemmm......


sebab nya....
tak sampai sebulan lagi....
akan pegang tittle tunang orang.....
huhuuuh.....

berdebar-debar....
tatut....

moga-moga semua nye akan berjalan dengan lancar....
InsyaAllah..... 

Ku Menanti............. ahahahhaha

menanti ape tuuuu????
menanti hujung minggu la.........


sbb nye...
nak tidurrrrrrrr....
puas-puas.....
aahahhaha....




amalan cikgu yg jangan di ikut yer murid-murid....
ehehehhe.....

ssb nye cikgu nie pun masih lagi bergelar pelajar....
jdi tak pe kot nak wat perangai malas cm murid-murid nye...

sekali sekale....
ehehheh.....

ENJOY YOUR WEEKEND YER....!!! 

SELAMAT TIDUR SEPANJANG HUJUNG MINGGU..... EHEHHEHE..... 



Thursday, June 23, 2011

Bilik Kaunseling Ku Yang Best...!!!

nak tanye korang nie....???
zaman sekolah dulu-dulu....
pernah tak masuk bilik kaunseling????


serius sye cakap k.....
saye masuk sekali jer ke bilik kaunseling MGSKL...
itu pun sbb pergi panggil cikgu kaunseling tuk relief kelas.... huhuhuuh


sebab, student selalu menganggap...
kalau pergi ke bilik kaunseling maksudnya ada masalah....
sebenar nya tidak.......


bilik kaunseling adalah terbuka untuk setiap pelajar....
tidak untuk pelajar yang bermasah sahaja.... ok...!!!


so....  lepas nie.. rajin-rajin la ke bilik kaunseling kolej @ universiti korang k..
sebab... kat bilik kaunseling juga ada disediakan iventory@ ujian tuk mengetahui ape yang korang tak pernah tahu selama nie....


contoh nya macam.... minat kerjaya.... peribadi berdasarkan warna, gaya-gaya bercinta dan sebagainya....


so.... jangan lupa k,,, pergi ke bilik kaunseling k....!!!


SBB KAUNSELING UNTUK SEMUA ORANG...!!! 


BUKAN UNTUK ORANG BERMASALAH SAHAJA....!!! 




Korang tgk nie....
selesa kan bilik kaunseling nie....
nie lah tpt sye tgh berpraktikal sekarang....
SMKSP...




1 MALAYSIA.....!!!
1 KAUNSELING.....!!!
KAUNSELING UNTUK SEMUA...!!! 


Apa itu Kaunseling?

Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.


kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.




Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan

• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

Tuesday, June 21, 2011

10 Kunci Kejayaan .....

1) MEMPUNYAI MOTIVASI DAN KEYAKINAN YANG TINGGI
2) CARA BELAJAR YANG BETUL
3) MENJAGA ADAB DAN TATASUSILA SEORANG PELAJAR
4) MENGURUSAN MASA YANG BERKUALITI
5) MENJAGA KESIHATAN DAN PEMAKANAN YANG SIHAT



6) BELAJAT DARI KESILAPAN LALU DAN SEDIA MENERIMA TEGURAN
7) BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA
8) MENGHORMATI IBUBAPA / GURU / RAKAN-RAKAN
9) MENUNAIKAN TANGGUNGJAWANB KEPADA TUHAN
10 ) USAHA YANG BERTERUSAN

Saturday, June 11, 2011

BAGAIMANA MENGENAL DIRI SENDIRI...???

Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !

Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :

- Apa yang anda suka buat?
- Apa yang perlu anda lakukan?
- Apa yang penting buat anda ?
- Kemahiran apa yang anda ada ?
- Apakah tahap pendidikan anda ?
- Latihan apa yang telah anda jalani ?
- Pengalaman apa yang anda ada ?
- Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
- Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?



Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :

1) Mengenal Diri Sendiri
2) Meneroka Pilihan
3) Membuat Keputusan
4) Mengambil Tindakan

Ingat !

Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat..!!

Meneroka Pilihan

Jenis Personaliti

Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal

Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.

Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.

Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.

Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )

Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.


7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

1. Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya,
memilih kursus, memilih institut )
2. Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
3. Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
4. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
5. Buat satu pilihan.
6. Rancang bagimana keputusan itu dapat dijalankan.
7. Buat tindakan sewajarnya.




* kredit to : Pusat Khidmat Kaunseling Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.... ^_^

Thursday, June 2, 2011

Singapore.... ^_^

musim cuti sekolah kali nie...
jalan-jalan ke singapore....
naik ketapi....
ehehhehe....
besh tu.... ^_^
sbb mmg fav kalau g mane2 naik ketapi....
al-maklum lah.....
dah mak kite kerje nye ngan ketapi....
kire nye dah sebati lah....
ketapi ngan diri nie....
ehehehhe... ^_^

alasan kukuh nye ke singapore....
sbb mak nye...
nak tgk stesyen ketapi tanjung pagar sblum ditutup secara rasmi pd bulan julai nnt...
secare tak langsung....
sume pon dapat ler merase naik ketapi ke singapore... ^_^


nie mase bru sampai kat stesen ketapi tanjung pagar, singapore


nie pulak pemandangan depan stesen ketapi tanjung pagar, singapore...


rase nye... kalau nak g singapore, tuk sajer-sajer...
tak berbalai kot...
sbb tukaran matawang nye yang tinggi....
kalau duit nye...
$1 dolar....
duit kita lak...
RM 2.50 kalau tak silap...
mmg tak berbaloi-baloi kalau sajer2 nak g tuk shoping....
ehehhe... ^_^

tp kate org...
dah alang-alang g sane... kene gak lah berjalan ke tpt yg besh...
yg famous kat singapore tu...
macam nie...


cam pic kat kepale singa nie... name nye merlion... kalau gi singapore... dan tak smpai kat kepale singa nie... tak sah ler.... ehehhehe... ^_^


yang nie pulak pic kat marina square... kapal atas bangunan...ehehhee.... terpegun gak.... tp yg thu,kat ats tu.. ade kasino... ehehhehe.... ^_^


yang nie pulak... name nye durian.... kalau perasan... cm kulit durian kan reka bentuk nye.... ehheheheh... ^_^


yang lak kat tugu hard rock cafe singapore..... nak masuk x dpt.... pic luar pon ok lah... ehheheheh.... ^_^



nie lak... mase kat pulau sentosa... kat tugu universal... tak masuk dalam pon... sbb mahal sgt...eheheh... ambil pic kt luar jer lah dlo yer....ehhehhe....^_^


nie plak... mase naik MRT nye... oklah.... tp panjang gak gerabak nye... ade 6 rse nye... tp ok lah....


yang nie... mase kat masjid kat arab street.... ^_^




nie lak pic mase kat stesen ketapi tanjung pagar.... kenangan.... ^_^


yg nie lak.. mase kat merlion park.... laaaa, yg kepale singe tu.... eheheh... ^_^


yg nie mase kat under waterworld... kat pulau sentosa... ^_^


yg nie mase kat pulau sentosa.... ^_^

ape2 pon.... yg paling besh mase g sane.. dapat jumpe sedare mare yg dh lame x jumpe.... maklumlah jauh....




ape2 pon.... besh lah.. dapt berjalan ke negara org... melihat tpt org..
tpt tempat sendit gak yg besh....
bak kate pepatah...
ujan emas dinegara org... ujan batu dinegeri sendiri....
lebih baik negeri sendiri....

nape sye ckp cm tuu???
sbb nye....
mase g shoping kat sane.. rase terperanjat sgt mase msk toilet nye...
bersih... mmg bersih... tak dinafikan...
TAPI......
tandas nye.... tak menggunakan air untuk menyelesaikan tugasan selepas menunaikan hajat anda....
hanya ada tisu...!!!
oh...!!! no.........

tak mungkin..... dan tak reti la...
rase cam x hygine jer...
eeeeeeee....

itu lah stu perkara yang saye tak leh terima mse kat singapore...
lain2 sume mmg ok...
negara yg bersih....
kereta2 pon sume ikut peraturan....

ape2 pon... saye selamat pergi...dan selamat balik....
& malaysia ttp di hati... ehehehhe.... ^_^