Saturday, June 11, 2011

BAGAIMANA MENGENAL DIRI SENDIRI...???

Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !

Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :

- Apa yang anda suka buat?
- Apa yang perlu anda lakukan?
- Apa yang penting buat anda ?
- Kemahiran apa yang anda ada ?
- Apakah tahap pendidikan anda ?
- Latihan apa yang telah anda jalani ?
- Pengalaman apa yang anda ada ?
- Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
- Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?



Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :

1) Mengenal Diri Sendiri
2) Meneroka Pilihan
3) Membuat Keputusan
4) Mengambil Tindakan

Ingat !

Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat..!!

Meneroka Pilihan

Jenis Personaliti

Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal

Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.

Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.

Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.

Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )

Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.


7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

1. Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya,
memilih kursus, memilih institut )
2. Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
3. Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
4. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
5. Buat satu pilihan.
6. Rancang bagimana keputusan itu dapat dijalankan.
7. Buat tindakan sewajarnya.




* kredit to : Pusat Khidmat Kaunseling Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.... ^_^

No comments:

Post a Comment